Pulihara bangunan bersejarah di Lipis

LIPIS 19 Sept. – Majlis Daerah Lipis (MDL) mengambil pelbagai pendekatan bagi membantu kerajaan negeri merancakkan lagi sektor pelancongan di daerah ini termasuk menyelenggara projek pemuliharaan peninggalan kolonial British pada abad ke-19 iaitu bangunan bersejarah di bandar Kuala Lipis sebagai tarikan pelancong. Setiausaha MDL, Mohd. Pauzi Abu Hussaini berkata, antara artifak dan bangunan di bawah projek pemuliharaan pihak ber­kuasa tempatan (PBT) itu adalah Rumah Rehat di Bukit Residen, Kelab Pahang, Kompleks Pejabat Kerajaan Lipis, Muzium Wa­risan Sejarah (MWS) di Bukit Bius dan kediaman Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak…

Putera raja terbunuh dalam nahas helikopter

RIYADH 6 Nov. – Seorang putera Arab Saudi disahkan terbunuh selepas helikopter yang dinaikinya bersama beberapa pegawai lain terhempas berhampiran kawasan bergolak di sempadan Aran Saudi-Yemen, semalam. Berita mengenai kemangkatan Putera Mansour bin Moqren yang juga timbalan gabenor wilayah Asir serta anakanda kepada bekas seorang putera mahkota itu disiarkan oleh agensi berita Al-Ekhbariya. Punca sebenar insiden tersbeut bagaimanapun belum didedahkan setakat ini. -AFP

26 maut, gereja diserang

TEXAS 6 Nov. – Selepas ‘dihantui’ dengan beberapa insiden serangan ganas sepanjang tahun ini, penduduk Amerika Syarikat (AS) semalam digemparkan lagi de­ngan tragedi pembunuhan beramai-ramai di sebuah gereja di sini. Insiden terbaharu itu berlaku apabila seorang lelaki dikenali sebagai Devin Kelley, 26 membawa senjata jenis rifle AR-556 melepaskan beberapa das tembakan rambang mengorbankan sekurang-kurangnya 26 nyawa dan mencederakan 20 yang lain. Difahamkan, suspek itu mengenakan pakaian serba hitam dan memakai jaket kalis peluru ketika men­yerang Gereja First Baptist, Sutherland Springs, terletak kira-kira 65 kilometer (km) ke timur San Antonio. Menurut…

Ketua Pemuda UMNO cawangan maut ditikam adik

SEREMBAN 6 Nov. – Pemuda UMNO Cawangan Kampung Nyatoh maut dipercayai akibat ditikam adik sendiri dalam kejadian di rumah ibu mereka di Taman Bukit Sejati di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Norhaidi Mat Yusop, 40, dan adiknya dipercayai terlibat dalam satu pertengkaran sebelum dia ditikam oleh suspek di bahagian belakang badan. Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihaknya akan memaklumkan pihak media mengenai kejadian…

Bekas jurutera eksport serbuk ketum ke Eropah bernilai RM209,921

PADANG BESAR 6 Nov. – Polis membongkar kegiatan licik seorang bekas jurutera mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang menjadikan benua Eropah sebagai pasaran serbuk ketum yang dihasilkan sendiri sehingga melibatkan transaksi ke akaunnya berjumlah RM209,921 dari Januari hingga Oktober lalu. Ketua Polis daerah, Superitenden Ghazani Abdul Ghani berkata, suspek berusia 42 tahun yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik dari sebuah institusi pengajian awam ini telah ditahan kira-kira pukul 4 petang pada 2 November lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Kaki Bukit, Kampung Alor Sena, Paya dekat sini. “Semasa serbuan…

MRA hantar bantuan bencana ke utara

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Malaysian Relief Agency (MRA) telah menggerakkan bantuan kemanusiaan ke bahagian utara negara melalui operasi bersama oleh MRA Kedah dan MRA Pulau Pinang bagi membantu mangsa bencana banjir dan ribut, mulai semalam. Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, pihaknya yang terdiri daripada dua pasukan bantuan MRA Pulau Pinang dengan sokongan 12 kenderaan pacuan empat roda daripada Kumpulan Wildtrucker dan sukarelawan Soul Foundation Penang telah mengagihkan bantuan makanan kering, air mineral dan kit kebersihan ke sembilan pusat pemindahan banjir di Pulau Pinang. “Bantuan kemanusiaan amat diperlukan untuk…

Apartment Samudera Setiawan

TANPA Deposit TANPA Yuran Booking TANPA Downpayment PERCUMA Yuran Guaman Blacklist Layak Mohon Hanya penyata gaji terkini diperlukan untuk semakan kelayakan Lokasi : Apartment Taman Samudera, Manjung, Perak Jenis : Apartment (10 tingkat – Beserta Lif) Spesifikasi Rumah: 3 bilik 1 bilik air 1 Dapur kering 1 Dapur Basah 1 ruang tamu 1 Balkoni – Type A & B 2 Balkoni – Type C Table Top Build in Cabinet – Type B Keluasan : Type A = 840sqft Type B = 969sqft Type C = 958sqft Status Tanah : Freehold…