
Guan Eng akan didakwa lagi
LIM GUAN ENG
Oleh SUWARNI MOKHTAR9 September 2020, 10:58 am
Share on facebookShare on twitterShare on whatsappShare on emailShare on telegram
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Butterworth, Jumaat ini.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin, terdapat dua pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas Menteri Kewangan itu mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu berkaitan dengan kesalahan salah guna harta untuk kepentingan peribadi atau menyebabkan seseorang melupuskan harta tertentu.
Difahamkan, harta yang terlibat ialah tanah.
Seksyen 403 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda serta boleh dikenakan denda.
Perkara itu dimaklumkan di Mahkamah Sesyen...