Wednesday, September 30News That Matters
Shadow

Malaysia masih berperang putuskan rantaian COVID-19

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Ahmad Suhael Adnanbhnews@bh.com.myShareTweet

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Malaysia masih berperang bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Perdana Menteri berkata, matlamat kerajaan bukan sekadar melandaikan lekuk penularan wabak itu, malah berusaha mengawalnya bagi tempoh masa yang panjang.

“Rantaian COVID-19 di Malaysia masih belum dapat diputuskan sepenuhnya. Tanpa vaksin berkesan untuk menangani penularan COVID-19, amalan norma baharu adalah langkah yang amat kritikal.

“Saya bimbang sebab berlaku peningkatan kes yang agak ketara. Dalam tempoh 14 hari lalu, sebanyak 615 kes baharu dicatatkan dengan tiga daerah merekodkan 41 kes atau lebih.

“Berdasarkan dapatan yang diperoleh, trend kes dilaporkan masih menular secara aktif,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung malam ini.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *