Wednesday, September 30News That Matters
Shadow

RM85.8 bilion nilai moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan

ShareTweet

KUALA LUMPUR: Nilai moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan yang berkuat kuasa sejak 1 April lalu dianggarkan berjumlah RM85.8 bilion setakat 4 September lalu, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, sebanyak RM30 bilion adalah jumlah yang dimanfaatkan oleh sektor perniagaan, manakala jumlah yang dimanfaatkan oleh peminjam individu bernilai RM55.8 bilion.

Sementara itu, menjelang tamatnya moratorium secara umum pada 30 September ini, institusi perbankan akan terus bersedia untuk membantu peminjam yang masih terjejas akibat COVID-19 melalui bantuan bank bersasar bermula 1 Oktober depan.

Tengku Zafrul menjelaskan, pihak bank sudah menghubungi lebih dua juta peminjam yang merangkumi individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat lain-lain termasuk perniagaan korporat dan komersial bagi menawarkan bantuan pembayaran pembiayaan.

Beliau turut menggesa mereka yang masih memerlukan bantuan dan belum berbincang dengan pihak bank agar menghubungi bank dengan kadar segera.

“Bank Negara Malaysia juga sedang melaksanakan kaji selidik dalam talian bagi mendapat maklum balas rakyat semasa tempoh yang mencabar ini,” katanya.

Beliau memaklumkan demikian dalam laporan LAKSANA ke-21 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) & Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dikeluarkan hari ini.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *