Sunday, November 29News That Matters
Shadow

Penternak di kawasan hawar dilarang pindah ternakan

DR. AZMAN IBRAHIM
  • Oleh ROSALINDA MD SAID
  • 19 September 2020, 8:44 pm

Share on facebookShare on twitterShare on whatsappShare on emailShare on telegram

KUALA TERENGGANU: Semua penternak atau peraih di daerah yang terjejas akibat wabak hawar berdarah di negeri ini dilarang memindahkan ternakan masing-masing ke kawasan atau daerah lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, mana-mana pihak yang dikesan melakukan perbuatan itu tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu boleh didakwa mengikut Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953.

“Hari ini penguat kuasa JPV menahan sebuah lori dengan dua ekor kerbau yang disyaki cuba dipindahkan dari daerah berlaku wabak.

“Ini adalah kesalahan yang serius dan menyumbang kepada penyebaran wabak penyakit ke kawasan lebih luas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azman berkata, larangan keras itu perlu diambil perhatian oleh semua pihak demi kepentingan bersama.

Katanya, mereka yang dikesan melakukan perbuatan itu boleh didenda sehingga RM15,000 jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *