Sunday, November 29News That Matters
Shadow

Lapan lagi kluster baharu wujud – Dr Noor Hisham

Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Noor Atiqah Sulaiman – Oktober 30, 2020 @ 6:32pmbhnews@bh.com.my

Lapan kluster baharu di kesan hari ini - Dr Noor Hisham. Foto NSTP
Lapan kluster baharu di kesan hari ini – Dr Noor Hisham. Foto NSTP

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mendedahkan kewujudan lapan kluster baharu di Sabah, Lembah Klang, Labuan, Johor dan Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kebanyakan kes indeks dalam kluster berkenaan dikesan hasil saringan individu bergejala serta saringan di tempat kerja.

Katanya, kluster pertama dikesan di Kota Kinabalu, Sabah yang dinamakan sebagai Kluster Rumah Merah yang membabitkan sebuah Pusat Tahanan Sementara (PTS).

“Kluster kedua ialah Kluster Telipok yang turut dikesan di Kota Kinabalu dan sehingga kini sudah menjangkiti 10 individu.

“Kluster seterusnya ialah Kluster Sembulan yang dikesan di negeri sama yang kini sudah menjangkiti 12 individu.

“Kluster keempat dikenali sebagai Kluster Merpati yang dikesan di beberapa daerah di Selangor iaitu Sepang, Gombak dan Hulu Langat dan sudah menjangkiti 45 individu.

“Kluster kelima ialah Kluster Astaka yang dikesan di Petaling, Hulu Langat dan Kuala Selangor dan sehingga kini sudah jangkiti 32 individu,” katanya pada sidang media harian kes COVID-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata bagi klutser keenam, ia dikenali sebagai Kluster Titian yang dikesan di Labuan dan sehingga kini sudah jangkiti 11 kes.

“Kluster terakhir ialah Kluster Gala membabitkan daerah Seremban dan Jelebu di Negeri Sembilan. Sehingga kini sudah menjangkiti lapan individu,” katanya.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *