Saturday, February 27News That Matters
Shadow

COVID-19 catat 4,275 kes hari ini

Oleh Rafidah Mat Ruzki – Januari 23, 2021 @ 6:40pmfidahruzki@bh.com.my

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kes positif baharu jangkitan COVID-19 tertinggi hari ini iaitu sebanyak 4,275.

Bagaimanapun, bilangan pesakit sembuh sepenuhnya juga yang tertinggi setakat ini iaitu seramai 4,313 pesakit dilaporkan sembuh daripada jangkitan wabak itu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini jumlah kumulatif kes baharu ialah 180,455 kes manakala kes aktif ketika ini sebanyak 42,769 kes.

Beliau berkata, daripada bilangan jangkitan baharu yang direkodkan hari ini, 4,264 adalah penularan tempatan dengan 3,131 warganegara dan 1,133 warga asing manakala 11 kes import membabitkan lapan warganegara dan tiga warga asing direkodkan hari ini.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *